Harga: RM35/6Paket RM35/6Paket
Bertangas adalah terapi yang telah di praktikkan sejak ribuan tahun dahulu untuk mencegah dan mengatasi masalah keputihan, memperbaiki sistem alat sulit, memberi kesegaran dan meningkatkan keinginan seksual.
Teknik wap panas atau asap yang menggunakan herba seperti kunyit, temulawak ,akar cendana dan rempah ratus tambahan akan menghangatkan alat sulit wanita selain disertai senaman kegel yang melibatkan pergerakan otot vagina.
Amalan bertangas sebanyak dua kali sebulan mampu meningkatkan keyakinan wanita terutama yang telah berumahtangga agar perhubungan intim lebih bermakna.
Terapi ini bermanfaat jika dilakukan sebelum dan selepas kedatangan haid. Namun perlu diingatkan , wanita yang datang haid, menghidap penyakit kelamin dan mengandung tidak di benarkan menjalani terapi ini.
Kepada bakal pengantin, ia dapat menjaga kebersihan alat sulit, mencantikkan kulit, menenangkan otot dan saraf yang tegang semasa persediaan perkahwinan serta memperbaiki peredaran darah dan tenaga dalaman.
Bagi wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak pula ia berkesan bagi:
- Mengembalikan keanjalan vagina.
- Menguatkan otot-otot pinggul.
- Relaksasi.
- Memulihkan keseimbangan tubuh melalui rawatan badan, minda dan semangat.
Di zaman moden ini amat sukar mendapatkn herba-herba disekeliling rumah utk dijadikan mandian. Oleh itu SERIDEWI MALAM berinisiatif menggabungkan adunan herba-herba terpilih ke dalam paket untuk kemudahan pengguna.
Bukan sahaja elok digunakan oleh ibu-ibu selepas bersalin tetapi untuk rawatan spa di rumah anda sendiri.
Khasiat Uncang Herba Mandian :
- Membuang angin dalam badan
- Kesegaran dan keharuman badan semasa nifas
- Membantu melancarkan perjalanan darah
- membersihkan paru-paru
- Melancarkan pernafasan
- Menyahtoksin dari tubuh melalui perpeluhan
- Menyegarkan badan dan minda menjadi tenang.
Kandungan Uncang Herba Mandian :
- Daun chapa
- Daun Meringgan
- Daun Senna
- Daun Lemuni Hitam
- Daun Kantan
- Daun kayu manis
- Daun Serai Wangi
- Daun Inai
- Daun Sireh
- Daun Lakenang
Cara penggunaan Uncang Herba Mandian:
Untuk Mandian- Panaskan air mendidih
- Rendam 1 paket uncang mandian herba sehingga kembang
- Keluarkan paket tadi kemudian campur air sejuk hingga suam-suam kuku
- (Sachet ini jgn dibuang kerana boleh dicampurkan dengan paket ke2 nanti. Sachet pertama boleh juga direbus hingga hilang bau & warna)
- Seterusnya diulangi seperti langkah pertama)
Untuk Bertangas
- Panaskan air mendidih
Rendam 1 paket uncang mandian herba sehingga kembang - Tuangkan ke dalam mangkuk ketika dalam keadaan masih panas
- Letakkan mangkuk tangas ke dalam baldi dengan keadaan yang sedikit tinggi.
- Duduk di atas baldi yang muat-muat punggung kita
- Tutup dari pinggang ke bawah dengan tuala yang tebal dan besar
- Buat senaman kemutan seperti disyorkan di atas selama 15-20 minit. Setelah selesai basuh dengan air rebusan daun sirih.